-40-berlagak samseng


gambar samseng sekolah?





Teringat Isnin lalu IP nengok cerita Seniman Bujang Lapok di TV2. Ada satu babak tang...Sarip Dol Samseng Kampong Dusun. Nengok cerita p.ramlee dah nengok byk kali pun tak jemu. Sebelum tu petangnye nengok dulu cerita Anak Bapak kat astro. Tapi IP bukan nak cerita pasal cerita p.ramlee plak. Nak kaitkan dengan fenomena samseng atau gengsterisme di sekolah.





Pada 28 Jan lalu dlm Harian Metro ade cerita pasal samseng sekolah ni. Sekumpulan 20 orang pelajar bermotosikal menyerang sekumpulan pelajar lain dlm kawasan sekolah. Mereka bergaduh menggunakan topi keledar, pasu dan tong sampah. Pergaduhan hampir 30 minit tu hanya dpt dileraikan dengan ketibaan polis. Akibatnya, 3 orang pelajar parah di kepala.





IP takde lah pengalaman tang kumpulan samseng ni. Biasenye pun aktiviti gengster berlaku di luar sekolah. Kalau ade di sekolah pun agak terpencil. Biasenye dapat dikekang. Tak taulah kalau sekolah lain tu. Ade kekawan yg nak kongsi cerita ke? Cuma aktiviti yg mungkin berlaku biasenye mencuri, peras ugut, vandalisme, bergaduh, melawan guru dsbnya.





Kajian menunjukkan faktor utama gengsterisme di sekolah ini akibat pengaruh rakan sebaya, media massa, kegagalan ibu bapa, persekitaran tak kondusif, pencapaian akademik rendah dll. Meskipun begitu gengsterisme ini perlulah dipantau dengan teliti. Seandainye fenomena ini tak terkawal akan membawa impak negatif kepada sekolah, mewujudkan budaya takut dan menganggu P&P.





Oleh itu, semua pihak perlulah berjaga2 dan pihak sekolah perlu lebih telus dan diberikan peruntukan kuasa lebih besar. Misalnya, mengembalikan hukuman merotan di sekolah. Kerjasama semua pihak, pemantauan berterusan ibu bapa dan mewujudkan iklim persekolahan yang sesuai juga penting. Semoga tak lahir lagi seorang Sarip Dol samseng Kampung Dusun tuu hehe.

No comments:

Related Posts with Thumbnails